Astro Boleh Kenakan Tindakan Undang-Undang yang berat kepada Penjual "Android Box"

encik gotenks
0

 


Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanyalah tujuan hiasan

Vendor atau penjual kotak Android (Android box) boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh Astro Holdings Sdn Bhd kerana memiliki kandungan cetak r0mpak milik syarikat tersebut.


Menurut Yin Shao Yang, penganalisis Maybank IB Reseach berkata bahawa Astro boleh mengenakan tindakan di bawah Sesyen 51B. Hal ini kerana Astro merupakan pemilik asal kandungan tersebut berdasarkan Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022.



Berdasarkan akta tersebut, Astro berpotensi untuk menangani masalah kandungan cetak r0mpak yang mula dihadapi syarikat tersebut sejak 6 tahun lalu.


Sebelum dipinda, akta ini jelas melanggar hak cipta dengan mengiktiraf penstriman teknologi. Kemudiannya, pada 24 Mei 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan bahawa jualan kotak Android dengan kandungan cetak rompak adalah diharamkan.


Daripada tinjauan yang dilakukan oleh YouGov Fabruary 2019, sebanyak 87% pengguna kotak Android membeli peranti tersebut daripada platform media sosial dan e-dagang.


Susulan itu, Astro mula mendekati platform media sosial dan e-dagang untuk membasmi jualan kotak Android agar pengguna kembali melanggan Astro selepas mereka tidak lagi kotak Android.


Walau bagaimanapun, selepas keputusan akta baharu ini dibuat, dikatakan saham Astro dijangka tidak berubah. Hal ini kerana, hasil langganan TV Astro yang meningkat 1% hingga hingga 2% sahaja selepas jatuh 30% enam tahun lalu.


Tambahan pula, kuasa beli pengguna juga semakin terhakis lebih-lebih lagi akibat kenaikan inflasi.

Sumber : Wiser

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top