Header Ads

Bilal surau Al-Qadir mohon maaf, tak sedar azan awal empat minit

 


Penafian : Gambar hanya sekadar hiasan

Bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai dipercayai melaungkan azan Maghrib awal empat minit daripada waktunya semalam, sehingga kejadian itu tular dalam media sosial.


Imam Masjid Bandar Kuala Krai Armin Azahari Mamat berkata, ketika kejadian, bilal itu tidak menyedari bahawa dia melaungkan azan Maghrib pada 7.17 malam, menyebabkan ada segelintir penduduk percaya sudah masuk waktu berbuka puasa.



"Saya telah dimaklumkan oleh penduduk bahawa tok bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai itu telah melakukan kesilapan tersebut dan beliau telah memohon maaf atas kecuaian yang dilakukannya tanpa disengajakan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.


Justeru, beliau berkata, mengikut hukum syarak, penduduk yang berbuka puasa mengikut laungan azan berkenaan, puasanya dikira terbatal dan wajib digantikan selepas berakhirnya Ramadan nanti.



Semalam, tular di media sosial mengatakan penduduk di sekitar Guchil 5, 6 dan 7 di Kuala Krai perlu menggantikan puasa selepas dipercayai azan Maghrib yang menandakan waktu berbuka puasa berkumandang lebih awal daripada waktu sebenarnya.


Mengulas lanjut, Armin menasihati masyarakat perlu peka dengan waktu berbuka puasa dan tidak bergantung semata-mata dengan alunan azan yang berkumandang di masjid, surau mahupun stesen televisyen atau radio.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.