Header Ads

Kecoh video Shuk Sakan dating bersama 'kekasih', Sera berlapang dada bawa diri balik Sabah

 


Sejak tahun lalu, hangat diperkatakan kembali mengenai rumah tangga Shuk Sahar apabila isterinya, Rossa Sera sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.


Baru-baru ini tular lagi video dikongsikan oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok memaparkan sepasang kekasih berjalan berpelukan di sebuah pusat beli belah.


Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki seakan menyerupai pelawak itu bersama seorang wanita didakwa skandal kepada Shuk.


Malah, video tersebut turut mendapat perhatian Sera yang turut meninggalkan komen. Sera memohon orang ramai mendoakan agar dia dimurahkan rezeki buat anak-anaknya. Malah, Sera turut mendoakan buat wanita tersebut agar semoga berbahagia di atas penderitaan orang lain.




Sedang hangat diperkatakan mengenai video itu, sementara itu menerusi perkongsian terbaru Sera memaklumkan dia bersama anak-anak pulang ke Sabah. Lebih sebak, Sera mengatakan dia akan terus berusaha mencari nafkah buat kedua anaknya selagi dia masih hidup.


Perkongsian Sera itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sedih melihat nasib Sera dan anak-anak.


Tidak kurang juga, ramai yang terus memberikan kata-kata semangat buat Sera dalam meneruskan kehidupan dan diberikan kekuatan untuk menempuh ujian.


Sumber : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.