Seperti yang kita sedia maklum, usahawan kontroversi yang suka membuat marketing murahan, Aliff Syukri baru-baru ini tampil dengan lagu raya baru berjudul Kelepok Raya.
Lagu itu sebenarnya ok namun kerana MV lagu tersebut yang dianggap tidak sesuai maka majoriti rakyat malaysia mengecam usahawan itu.
Lagu tersebut mendapat perhatian bukan sahaja netizen tetapi juga beberapa pemimpin dan tidak terkecuali mereka yang terlibat dalam bidang seni hiburan tanah air.
Salah seorang yang menyelar tindakan Aliff Syukri adalah Damian Mikhail yang merupakan seorang penyanyi dan komposer terkenal.
Menurutnya, dia melihat motif Aliff bukan untuk mahukan publisiti ataupun duit tetapi dia memang mahu ‘mem0ndan’.
Perkongsian itu telah menarik perhatian Aliff Syukri apabila dia seolah bengang dengan tuduhan tersebut sehingga mahu menyaman individu yang menuduhnya sebanyak RM1 juta.
Aliff turut memuat naik mesej perbualan bersama peguam di Insta Story mahu menyaman individu berkenaan kerana menuduhnya bukan-bukan.
Dalam pada itu, Aliff turut meminta individu tersebu memadam posting didakwa mengenai dirinya itu dalam masa 24 jam sebelum dia menghantar surat saman.
Meskipun tidak disebut nama pihak berkenaan, namun ramai dapat meneka individu yang dimaksudkan adalah Damien Mikael.
Sumber : Rotikaya