Baru-baru ini viral satu perkongsian di laman sosial yang memaparkan kisah seorang gadis yang mendakwa duit simpanannya habis kerana dicuri oleh bekas teman lelaki.
Dalam video tersebut, gadis itu telah memberikan nombor akaun bank miliknya kepada lelaki itu kepada bekas teman lelakinya itu.
Bekas teman lelakinya itu juga sudah berkahwin dan gadis itu tidak menyangka lelaki itu tergamak mengambil duit di dalam bank di luar pengetahuannya.
Bekas kekasihnya meminta kakaknya memberitahu kepada wanita itu bahawa dia mengambil wang berkenaan sebagai ganti rugi pembelian barang-barang ketika mereka bercinta dahulu.
Di akhir video itu, wanita itu berkata dia tidak menyalahkan bekas kekasihnya seorang kerana dia juga turut bersalah dalam hal tersebut.
Wanita itu turut menitipkan pesanan kepada wanita di luar sana jika bercinta jangan sampai jadi bodoh dan jangan menunjukkan berapa banyak yang ada dalam akaun simpanan untuk kebaikan.
Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa marah dengan tindakan lelaki itu yang sesuka hati mengambil hak orang lain.
Ada netizen yang tidak boleh percaya ada juga lelaki yang tidak malu ambil duit bekas kekasih dia demi belanja anak bini, busuk punya perangai.
Ada pula netizen lain menasihatkan terutamanya wanita agar lebih berhati-hati bila bercinta kerana ramai suami orang yang mengaku bujang.
Sumber : Twitter