Hamzah tidak sepatutnya minta peIarian Rohingya kembali ke negara asal mereka, kata Tenaganita

encik gotenks
0

 


Kumpulan hak asasi migran, Tenaganita membidas Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin yang memberitahu pelarian Rohingya supaya kembali ke negara asal sekiranya tidak berpuas hati dengan layanan terhadap mereka di Malaysia.


Pengarah Eksekutif Tenaganita Glorene Das memberitahu FMT, adalah membingungkan apabila seorang menteri yang berkaliber dan mempunyai kedudukan membuat kenyataan sedemikian.


“Beliau mempromosikan pendekatan berpaksikan maangsa dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Anti-Pemerdaagangan Orang (Naptip),” kata Das.


“Namun dia membiidas mereka dengan mengeluarkan kenyataan terhadap komuniti yang sudah dianiaya di Myanmar.



“Kenyataan yang tidak wajar dan berbauur perkauman ini dan bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia, tidak sesuai bagi seorang menteri kerajaan.”


Beliau juga berkata, kenyataan menteri itu memaIukan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk penggal 2022-2024.


Naptip yang dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri tahun lalu adalah sebuah dokumen yang menggariskan perancangan dan usaha bagi membanteras pemerdagangan orang di Malaysia dari 2021 hingga 2025.


Baru-baru ini, Hamzah dipetik sebagai berkata, pihak berkuasa menempatkan peIarian di depoh imigresen dalam tempoh yang lama sebagai isyarat kepada mana-mana migran yang memasuki negara ini tanpa dokumen sah.



Beliau menolak kritikan terhadap Jabatan Imigresen berhubung kejadian 528 pelarian meloloskan diri dari depoh imigresen di Sungai Bakap, Kedah.


Selain itu, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago bersetuju bahawa kenyataan Hamzah hanya akan menyemarakkan sentimen anti-Rohingya dalam kalangan rakyat Malaysia, namun katanya, komen menteri itu “tidak mengejutkan”.


Katanya, Hamzah tidak peduli walaupun mengenai isu hak yang dihadapi oleh rakyat Malaysia seperti isu kewarganegara melibatkan ribuan kanak-kanak kelahiran Malaysia serta kes kemaatian dalam tahanan yang dihadapi polis.


“Rohingya datang ke Malaysia untuk mendapatkan perlindungan di negara ini kerana berlakunya genosid yang menyasarkan mereka di negeri Rakhine oleh tentera Myanmar,” katanya.

Sumber : FMT

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top