Sekian lama menyepi selepas pulang ke Amerika Syarikat, perkongsian terbaru pelakon Lana Nodin menjadi perhatian ramai apabila memaklumkan gudang bakeri terbesar Lana’s Bakery Land bakal dibuka.
Malah, Lana kini dilihat mempromosikan kedai bakeri miliknya itu yang dibuka di Kota Damansara. Lana turut memuat naik video memaparkan kedai dan barang yang dijual.
Namun, satu video dikongsikan pelakon itu menjadi tumpuan apabila ada yang menegur dengan perubahan hidung Lana yang didakwa pelik.
Tidak kurang juga ada yang mendakwa pelakon itu menjalani pembedahan kosmetik pada bahagian tersebut.
Untuk rekod, Lana berkahwin dengan David McKienzie pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn McKienzie, 5, dan William Daud McKienzi, 3.
Sumber : Rotikaya