Lelaki ini hangin satu badan lepas jiran pasang CCTV hala ke rumahnya, motif nak intai isterinya

encik gotenks
0

 


Seperti yang kita sedia maklum, dewasa ini penggunaan kamera CCTV terutamanya di kawasan yang kerap berlaku jnayah amatlah membantu bagi tujuan keselamatan dan merakam segala bukti jika berlaku sebarang aktiviti berunsur jnayah dan kemaIangan.


Namun pemasangan gadget canggih ini juga mungkin mengundang masalah seperti apa yang viral di media sosial ini. Baru-baru ini viral sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mengamuk terhadap jiran sebelah rumah gara-gara pemasangan CCTV yang tertumpu di rumahnya.


Menerusi video 2 minit 52 saat itu, lelaki itu dilihat mengamuk kepada seorang jiran kerana didakwa menghalakan pergerakan CCTV ke arah rumahnya sehingga menimbulkan syak.


Lelaki itu turut mendakwa tindakan jirannya menghalakan CCTV ke rumahnya sebagai mahu mengintai pergerakan isterinya memandangkan rumah mereka hanya bersebelahan.


Bagaimanapun, jiran berkenaan memberi penjelasan bahawa dia tidak mengetahui tentang pergerakan CCTV itu selain menyifatkan ia sebagai aktiviti normal untuk alat elektronik itu berpusing sebanyak 360 darjah. Dapat dilihat pergerakan CCTV itu hanya menghala sehingga ke arah kawasan parkir rumahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi hairan yang mana mereka menyifatkan tindakan lelaki itu memarahi jirannya sebagai tidak wajar. Ada juga yang berpandangan mungkin lelaki tersebut mahukan privasi.


“Besar rahmat CCTV jiran boleh hala ke rumah. Apa-apa jadi nanti nak minta tolong jiran juga.”


“Jiran rasa terganggu sebab hilang privasi. Nak buat aktiviti beriadah di kawasan parkir rasa tak selesa.”



Sebenarnya boleh disaman jika hala CCTV rumah jiran


Menurut seorang peguam hartanah, Syaz.MJ memaklumkan seseorang individu boleh dikenakan tindakan saman di mahkamah jika memasang CCTV dan menghala ke rumah orang lain.


Ia dianggap salah mengikut undang-undang kerana disifatkan sebagai menganggu privasi sehingga menimbulkan perasaan tidak selesa.


“Dalam satu kes, jiran disaman dan mahkamah benarkan kerana CCTV menghadap terus ke rumah dan mengganggu privasi hingga menyebabkan stress,” katanya.

Sumber : Odisi

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top