Siti Bainun dipanggil beri keterangan kes kematian bayi 10 bulan

encik gotenks
0

 


Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali akan dipanggil polis untuk membantu siasatan kertas enkuiri polis (KEP) yang dimulakan dalam kes kemaatian bayi sindrom down berusia 10 bulan Adam Rizqi Abdul Azim dilaporkan pada 3 Mei 2020.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis sudah membuka kertas enkuiri untuk menentukan sama ada wujud elemen jenayah dalam kemaatian bayi digelar Baby Adam itu dua tahun lalu.


"Setakat ini kita merakam keterangan beberapa individu dalam kes ini, termasuk Siti Bainun (akan dipanggil).


"Kita sepatutnya merakam keterangan daripada wanita itu beberapa hari yang lalu, tetapi kami membuat keputusan untuk menangguhkan proses itu kerana dia sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Op Selamat Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.



Majlis pelancaran di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun H.S.Lee itu disempurnakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.


Siti Bainun kini dalam perbicaraan kes pendeeraan remaja down sindrom yang dikenali sebagai Bella tahun lalu.


Susulan kes Bella, beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) Pejuanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendakwa kematian Baby Adam ada kaitan dengan isu pendeeraan di pusat perlindungan Rumah Bonda di Taman Setapak dan mereka mendesak polis supaya membuka semula kertas siasatan.


Namun Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seeksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan terdahulu mendapati tiada sebarang unsur jeenayah berhubung kemaatian Adam.


Sementara itu, Ashari berkata polis juga akan memanggil individu yang dikenali sebagai Cikgu Fadli yang mendakwa dalam media sosial kononnya tiada proses beedah slasat dilakukan ke atas mayat Adam.


"Polis sedang mengesan lelaki itu yang menyebarkan dakwaan yang tidak berasas dan sekadar spekulasi itu.


"Mana dia peroleh maklumat bahawa Adam tidak dibuat beedah siasat selepas kemaatiannya?


"Dakwaan individu itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan awam dan membawa kepada tanggapan kononnya polis tidak melakukan siasatan yang sebaiknya dalam kematian Adam," katanya.


Beliau berkata, lelaki itu sebelum ini mengeluarkan kenyataan seumpamanya dalam media sosial walaupun sepatutnya merujuk polis terlebih dahulu dan mendapatkan fakta kes itu.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top