Header Ads

Mimi Fly kini jalin cinta dengan doktor dari Amerika Syarikat

 


Mimi Fly khabarnya kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang doktor pakar.


Bukan calang-calang pula orangnya. Dengar-dengar doktor pakar tersebut merupakan seorang doktor yang berasal dari Amerika Syarikat dan berkulit hitam. Takut pula Diva mendengarnya.



Amboi, besar sungguh selera Mimi. Biarpun pernah melalui episod Iuka dalam rumah tangga sebelum ini, nampaknya Mimi atau nama lengkapnya Shamimi Amalina Norhisham tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta baharu.


Tak kisahlah siapa pun, yang penting kalau nak berumah tangga kena saling kenal mengenali, tahu hati budi masing-masing dan paling penting, kena ada persefahaman.



Tidaklah rumah tangga yang dibina itu nanti kukuhnya hanya seketika. Macam rumah tangga Mak Wan Latah pula konsepnya nanti. Jahat pula mulut Diva.

Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.