Header Ads

Penternak senyap-senyap kosongkan ladang, pindah 2,000 babi, kata JPVNS

 


Sejumlah 19 ladang babi di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dekat sini didapati kosong dengan kira-kira 2,000 ekor ternakan itu dipercayai dibawa keluar tanpa pengetahuan pihak berkuasa.


Sebelum ini, satu ladang di kawasan itu disahkan dijangkiti viirus Demam Babi Afrika (ASF) yang menyebabkan 275 ekor telah dilupuskan.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Bakri Sawir berkata, pengosongan ladang itu hanya diketahui selepas pasukan pemantau Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) membuat pemeriksaan.



Bagaimanapun katanya, pemilik ladang tidak memaklumkan tindakan berkenaan terlebih dahulu dan sehingga kini JPVNS tiada pengetahuan sama ada babi diternak dipindah ke lokasi lain atau dilupuskan.


"Pemantauan terus dilakukan dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada pihak polis. Jika kita mempunyai maklumat (keberadaan babi), kita akan masuk serta-merta untuk tindakan lanjut," katanya yang ditemui ketika meninjau jualan daging dan produk asas tani serta mempromosi Mantai Perdana Online di Pasar Tani Paroi Jaya, di sini hari ini.


Bakri berkata, JPVNS juga tidak menerima laporan kemungkinan babi dari 19 ladang itu dijual kepada orang ramai pada harga murah.



Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati bagi mengelak sebarang risiko keselamatan.


Pada 8 April lalu, JPVNS mengesan kes pertama ASF di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A dan mengambil tindakan melupuskan kesemua 275 ekor babi.


Ia menjadikan baki 19 ladang yang masih beroperasi di kawasan itu dengan anggaran 2,000 ekor babi.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.