Pengguna Twitter ‘sekolahkan’ TikToker tunjuk pandai tuduh lagu sesuci lebaran penuh toksik

encik gotenks
0

 


Selepas lebih 20 tahun lagu raya sesuci lebaran dendangan penyanyi no.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memeriahkan sambutan Aidilfitri, maka tidak hairanlah ia digelar lagu 'berhantu'.


Namun baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki mempertikaikan lirik lagu penyanyi tersohor itu.


Menerusi video berdurasi 15 saat yang dimuatnaik individu terbabit, dia mendakwa bait lirik 'bantulah miskin hiina' sebagai penghinaan kepada golongan rentan.


"Hiina ke jadi miskin? Aku seorang sahaja ke yang rasa lagu ni toksik?" demikian tulis individu terbabit.


Perkongsiannya itu menyebabkan dia dikecam teruk warganet sehingga terpaksa memadam video tersebut dari akaun aplikasi TikTok miliknya.


Bagaimanapun, beberapa netizen telah menularkan video berkenaan di Twitter sejak 26 April lalu.


Ada yang memintanya untuk kembali ke alam persekolahan kerana tidak memahami erti 'hiina' yang ingin disampaikan dalam lagu tersebut.


"Orang celik tengok lirik betul-betul, bermesra tua muda... tua muda tu dua entiti berbeza.


"Bantulah miskin hiina. Miskin satu pihak, yang hiina satu pihak. Bukannya dia cakap miskin itu (adalah) hiina.


"Kenapa bahagian tua muda tu boleh bezakan dua entiti," luah seorang pelayar Twitter yang dikenali sebagai Lita.


Lirik Sesuci Lebaran ditulis Pak Ngah dan komposer, Hairul Anuar Harun.


Sesuci Lebaran adalah lagu ciptaan Pak Ngah bersama penulis lirik Hairul Anuar Harun.


Ciapannya itu menyebabkan warganet mula 'berkumpul' dan berdiskusi mengenai perkataan-perkataan yang digunakan dalam lirik Sesuci Lebaran ciptaan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah.


Ada juga yang tidak memahami maksud sebenar selain mempersoalkan kriteria golongan yang dipanggil hiina.


"Golongan miskin faham la, yang golongan hiina tu macam mana ya? Apa kriteria golongan hiina?


Pertanyaan tersebut kemudiannya dijawab Lita yang turut menyertakan gambar petikan maksud daripada kamus.


Jelasnya, hiina bukanlah hanya bermaksud perkara keji semata-mata sebaliknya merangkumi individu yang bertaraf rendah.


"Kalau dahulu, orang tahu maksud hiina ini sebagai orang yang rendah tarafnya. Jadi lirik 'bantulah miskin hiina'... hiina yang dimaksudkan adalah orang yang rendah taraf," ulasnya lanjut.

Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top