Header Ads

Saya Lagi Rela Kahwin Dengan Duda Berbanding Suami Orang, kata Faradhiya

 


“Macam mana saya hendak berkahwin kalau lelaki yang mendekati saya 90 peratus adalah suami orang. Saya bukan cakap besar, cuma saya memang tidak mahu dan akan tolak awal-awal”.

Demikian jawapan yang diberikan oleh penyanyi dan juga pelakon jelita Farahdhiya selepas diusik soal statusnya yang masih belum mempunyai peneman (suami) sehingga kini.


Bercakap kepada Kosmo!, Farahdhiya atau nama lengkapnya Farahdhiya Mohd. Amin, 37, berkata dia sering didekati lelaki yang mahu menjadikannya isteri, namun malangnya rata-rata lelaki tersebut berstatus suami orang.


“Itulah masalah utama kenapa saya masih belum berkahwin sehingga sekarang. 90 peratus yang datang dekat saya itulah orangnya (suami orang).


“Saya tidak mahu cakap besar. Cuma saya ada pilihan iaitu tidak mahu berkahwin dengan suami orang (jadi isteri kedua),” katanya.



Ujar pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu lagi, walaupun pernah berkawan rapat dengan lelaki berstatus suami orang, selama itu jugalah dia berjaya menolak lamaran mereka untuk mengahwininya.


Kata Farahdhiya, dia memegang pada prinsip seboleh-bolehnya enggan untuk berkahwin dengan lelaki bergelar suami orang dan lebih rela berkahwin dengan lelaki berstatus duda.


“Saya mahu berkahwin, tapi bukan dengan suami orang. Saya lebih rela berkahwin dengan duda,” katanya.


Dalam pada itu, wanita kacukan Melayu-Inggeris itu mengakui pernah bercinta dengan beberapa orang lelaki sebelum ini, namun tidak berakhir sehingga ke jinjang pelamin.


“Saya pernah bercinta, cuma saya berahsia. Tidak perlu saya uar-uarkan perkara yang belum pasti. Walaupun saya berdarah campuran Inggeris, saya tetap ada rasa malu.


“Saya pernah mengenali beberapa orang lelaki sebelum ini, namun tidak menjadi,” katanya.



Disebabkan masih belum berkahwin pada usia 38 tahun, Farahdhiya mendedahkan dia pernah dianggap seorang lesbian (menyukai sesama jantina) oleh seseorang.


“Saya masih straight (menyukai lelaki) okay. Saya cakap begitu sebab seseorang pernah tanya saya sama ada saya lesbian atau tidak sebab tidak kahwin-kahwin lagi,” katanya sambil ketawa.


Farahdhiya yang ditemui pada Majlis RTM Syukurnya Syawal di Hotel Vertical, Bangsar semalam turut menberitahu pada usianya sekarang, dia tidak terlalu memikirkan tentang kriteria lelaki idaman yang dicari, namun bersyukur jika mendapat seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab.


Pada masa sama, Farahdhiya juga mengakui sedikit tertekan apabila memikirkan soal cahaya mata lebih-lebih lagi ketika usianya yang kini sudah pun mencecah 38 tahun.


“Soal berkahwin (suami) saya tidak terlalu tertekan sebenarnya. Apa yang membuatkan saya tertekan jika memikirkan soal anak. Usia saya pun sudah mencecah 38 tahun. Kalau berkahwin nanti dapat seorang dua cahaya mata pun dah cukup.


“Saya tidaklah meronta-ronta mahukan suami, cuma jodoh belum ‘timbul’ lagi,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE


No comments:

Powered by Blogger.