Header Ads

Tidak berpeluk tubuh, isteri TMJ akan guna kuasa bantu tuntut keadilan buat adik Bella

 


Seperti yang kita sedia maklum, sekarang ini masih hangat berlangsungnya kes melibatkan pengasas rumah bonda, Siti Bainun yang didakwa atas sebab mengabaikan serta menganiaya remaja Down Syndrome iaitu Bella sedang menjadi topik yang ‘hangat’ dibicarakan oleh orang ramai ketika ini.


Lagi-lagi setelah salah seorang peguam bela Siti Bainun memuat naik foto mereka bersama-sama kelihatan gembira, sedangkan sebelah pihak lagi menderita dari segi emosi dan fizikal.

Isu yang mendapat perhatian ramai ini turut menarik perhatian isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut menyuarakan pandangannya di Instagram Story, baru-baru ini.


Memetik artikel dari portal beautifulnara, Che’ Puan akan menggunakan kuasa yang ada untuk membela serta membantu bagi menegakkan keadilan buat remaja istimewa itu.


Dalam pada itu, beliau turut terkesan dengan apa yang terjadi, lagi-lagi ada pihak yang dianggap ‘pengecut’ dan mahu melarikan diri dari mengakui kesalahan yang telah dilakukan.





Kamu boleh bersembunyi di sebalik tentera peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat.

Sebelum ini, Siti Bainun mengakui tidak bersalah atas dakwaan mengenai dia mendera Bella hingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.


Sumber artikel : Beautifulnara

No comments:

Powered by Blogger.