Header Ads

"Yang jahat Bainun, bukan saiz badan dia" - Ika Nabella tegur netizen, minta jaga hati orang berbadan besar

 


Tidak bersetuju dengan tindakan segelintir netizen mempermainkan saiz fizikal Siti Bainun, pelakon Ika Nabella menasihatkan orang ramai tidak bertindak melulu dan terlalu mengikut perasaan.


Pemilik nama lengkap, Ika Nabila Abdul Rahim itu berkata, barangkali yang buruk atau jahat adalah perbuatan individu berkenaan bukan saiz badannya.


“Kalaupun kalian marah sangat dengan dia (Bainun), tolong jangan jadikan saiz fizikalnya sebagai bahan umpatan. Itu menunjukkan betapa rendah tahap pemikiran kalian.



“Jangan terasa hati tau saya tegur ini secara umum sahaja sebab yang jahat itu dia bukan saiz badan dia. Bayangkan orang-orang lain yang saiz badan macam Bainun, apa mereka rasa?.


“Mereka akan berasa sangat terhina berfizikal begitu sedangkan mereka tak minta pun hidup (lahir) dengan saiz badan macam itu,” tegurnya.


Tambah pelakon telefilem Pinggan Tak Rentak, Nasi Tak Dingin Raya itu, mengata saiz badan seseorang atau body shamming mempunyai akibat yang buruk terhadap seseorang.


“Kalian pernah terfikir tak kesan-kesan body shamming terhadap segelintir orang. Mungkin apa yang berlaku kepada Bella anda salah satu (kesan) daripadanya.


“Orang yang tak kuat iman akan cari orang lain yang lebih (dari sudut emosi seseorang) untuk melempiaskan rasa marah mereka. Bukankah perkara itu agak jelas, tidakkah kalian rasa begitu?,” katanya.


Kongsinya lagi, dia pernah mengenali seseorang pada waktu zaman persekolahan yang mempunyai dua personaliti berbeza yang memberikan dua layanan berlainan terhadap dua kelompok orang.


“Saya pernah kenal seseorang. Di sekolah, baik sebab saya satu-satunya kawan dia ada. Orang lain macam kejam sangat dengan dia dan apabila saya pergi rumahnya, saya terkejut layanannya terhadap orang lain di rumah (orang gaji) sangat berbeza.


“Waktu itu, usia kami dalam 11 tahun, kalian faham tak apa yang saya cuba sampaikan? Sesetengah orang rasa tertekan apabila orang lain ‘body shaming’ dan mereka akan cari orang yang kurang kuasa atau lemah di mata mereka untuk berasa lebih berkuasa,” jelas Ika, 33. 

Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.