Header Ads

Idzham tak dapat tahan rasa kecewa duit simpanan RM7,000 dari akaun isterinya lesap sekelip mata

 


Pelakon drama Jangan Menangis Cinta, Idzham Ismail berkongsi kekecewaan apabila wang sejumlah RM7,000 lesap dari akaun bank isterinya, Situ Nur Abilah Shamsudin.


Idzham ketika dihubungi berkata, dia dan isterinya menyedari kehilangan wang dalam akaun bank itu pada Khamis lalu.


"Pada 29 April, isteri saya maklumkan bahawa dia tak dapat mengakses akaun banknya menerusi aplikasi perbankan di telefon.


"Keesokan harinya, sewaktu nak buat pembayaran untuk berbuka puasa, kad debit isteri saya tak boleh digunakan sebab dah disekat.


"Bila kami hubungi pihak bank, mereka minta kami hadir ke bank pada Isnin untuk selesaikan urusan pertukaran kad. Kebetulan, diumumkan kita akan menyambut Aidilfitri pada Isnin.


"Jadi, pada hari Raya keempat (Khamis), barulah kami ke bank di Pulau Pinang dan apabila dapat mengakses semula aplikasi perbankan, baru isteri saya tersedar bahawa RM7,000 dah hilang," katanya kepada Harian Metro.


Tambah Idzham, transaksi yang dibuat juga sangat mencurigakan.


"Bila kami lihat transaksi bank, dalam masa sehari, ada sekitar lapan hingga sembilan transaksi yang dibuat ke Amerika Syarikat.


"Ada transaksi berjumlah RM1,000 dan ada juga RM2,000. Memang sangat mencurigakan sebab kami tak pernah berkongsi data perbankan di mana-mana platform online," katanya.



Menurutnya, jumlah RM7,000 itu adalah jumlah yang besar untuk mereka sekeluarga.


"Bagi orang lain, jumlah itu mungkin tak banyak. Tapi, bagi kami yang berusaha mengumpul wang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, jumlah itu sangat besar.


"Menangis jugalah isteri saya bila dapat tahu apa yang berlaku. Kami dah buat laporan polis juga dan sekarang masih lagi menantikan sebarang informasi terkini.


"Pihak bank maklumkan, mereka akan hubungi kami pada Isnin (esok). Memang harapan kami, wang itu dapat dikembalikan. Kalau sebaliknya, kami anggap sahaja itu bukan rezeki kami," katanya.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.