Header Ads

JPJ cari pemandu bas makan sambil memandu dengan sebelah tangan

 


Penafian : Gambar yang digunakan hanya sekadar hiasan

Makan sambil memandu dengan sebelah tangan memegang bekas dan sebelah lagi menyuap makanan antara perbuatan tidak bertanggungjawab dilakukan pemandu bas yang dikesan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, pada Khamis lalu.

Kesalahan dilakukan pemandu bas dalam perjalanan dari Muadzam Shah menghala ke Kuantan itu dikesan pegawai JPJ Pahang yang melakukan penyamaran sebagai penumpang sempena Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 di beberapa lokasi di negeri ini.


Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang baahaya kepada penumpang itu dikesan ketika bas berada di Batu 10, Jalan Kuantan-Gambang di sini.


Menurutnya, bagi kesalahan itu, pemandu terbabit telah diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.


"Melalui operasi penyamaran sebagai penumpang bas melibatkan laluan Kuantan-Temerloh dan Muadzam Shah-Kuantan itu turut mengesan beberapa kesalahan lain.


"Antaranya pemandu bas tidak mematuhi waktu operasi, enggan memberi kerjasama kepada pegawai JPJ, gagal pamer dan mengemukakan lesen pengendali," katanya melalui kenyataan pada Ahad.


Mengulas lanjut, Kamarul Iskandar berkata, bagi kesalahan itu, pihak-pihak terlibat telah diambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987, Kaedah- Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 dan di bawah APAD 2010.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Powered by Blogger.