Isu air Kelantan bukan sebab pemimpin PAS cuai, tapi pusat tak bantu, kata Hashim Jasin

encik gotenks
0

 


PAS terus kekal mentadbir Kelantan selama 32 tahun disebabkan akhlak pemimpinnya yang bersih daripada rasuah dan sikap berjimat-cermat, kata Mursyidul Am parti itu Hashim Jasin.


Hashim berkata, masalah air di negeri itu yang dikaitkan sebagai kegagalan pentadbiran negeri bukan disebabkan kecuaian pemimpin PAS, sebaliknya berpunca daripada kurangnya peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan.


“Soal air (di Kelantan) boleh diatasi kalau peruntukan pusat dia bagi sepenuhnya…air tak ada bukan kerana pemimpin PAS cuai tapi sebab tak ada duit.


“Saya dah nilaikan semua, (ibarat) kalau nak marah pada orang miskin tak pakai kereta…dia miskin, dia buat apa dia mampu,” katanya kepada FMT.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa parti Islam itu gagal memajukan Kelantan sehingga menyebabkan lahirnya gerakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan untuk menumbangkan pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.


Semalam, PAS Kelantan berkata, ia akan bertindak balas berpandu arahan dan keputusan peringkat pusat berhubung strategi Amanah dan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menumbangkan PAS Kelantan pada PRU akan datang.


Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ahmad Yakob, dilapor berkata, perancangan seperti itu adalah biasa dalam politik semasa dan mana-mana parti boleh membuat apa sahaja perancangan selagi tidak bercanggah perlembagaan negara.



Mengulas lanjut, Hashim berkata, beliau menyambut baik keputusan “bijak” PAS Kelantan yang menyerahkan isu itu kepada PAS Pusat kerana mereka berpengalaman luas dalam soal politik.


“Apa yang patut, apa yang perlu kita hadapi kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang, ada pun kerjasama Tengku Razaleigh dan Amanah nak merampas Kelantan, saya meyakini bahawa PAS Kelantan sudah bersiap sedia,” katanya.


Ditanya berkaitan strategi yang akan digunakan PAS bagi menghadapi gerakan itu, bekas ADUN Sanglang itu berkata, rakyat boleh menilai kerana “PAS buat kerja tak berhenti”


“Selepas PRU kita terus mendekati rakyat, mengadakan perjumpaan berterusan walaupun semasa pandemik C0vid-19,” katanya.

Sumber : FMT

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top