Header Ads

Salam Mawi, Kenapa Tipu Pesakit Kronik Saya? Tak Perlu Tunggang Agama!, Tanya Pakar Perubatan

 


Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah membidas kenyataan penyanyi dan pengarah filem, Mawi yang berkongsi keberkesanan mengamalkan jus minuman dalam mengatasi masalah buah pinggang.


Menurut Dr. Rafidah, penerangan yang diberikan selebriti tersebut tidak benar dan hanya sebagai publisiti untuk melariskan produk yang dijual.


“Salam Mawi, kenapa perlu menipu pesakit-pesakit kronik saya?.



“Perbuatan ini sudah salah dari segi Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956,” katanya dalam satu ciapan di Twitter semalam.


Sebelum ini, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani telah munculdalam sebuah video berkongsi kelebihan sebuah jenama jus minuman yang boleh merawat penyakit buah pinggang dan masalah kronik lain.


Mawi juga menceritakan pengalaman keluarganya sendiri yang juga merupakan pengamal jus minuman tersebut dan berjaya kembali sihat dari pelbagai penyakit dalaman.



Bagaimanapun, Dr. Rafidah kekal membidas penjelasan yang dibuat penyanyi berkenaan dan meminta agar semua selebriti perlu memahami panduan dalam pengiklanan produk kesihatan terlebih dahulu.


“Tak payah nak cerita tentang kenyataan yang menipu dan menunggang agama.


“Adakah semua artis atau selebriti tidak beretika? kan ada panduan untuk selebriti yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keluarkan, sila baca betul-betul, cukup-cukup menipu orang-orang tua,” tegasnya. 


Sumber :  KOSMO! ONLINE


No comments:

Powered by Blogger.