Header Ads

Pekerja restoran dan pelanggan wanita 'BERG0C0H' gara-gara pertikai harga nasi goreng

 


Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan

Berang dengan tindakan juruwang sebuah restoran di sini yang meninggikan suara kepada seorang pelanggan wanita dipercayai menjadi punca pergaaduhan di restoran itu pada Khamis.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian kira-kira jam 1 pagi itu berlaku selepas wanita terbabit mempertikaikan harga nasi goreng yang dijual.


"Juruwang restoran itu telah meninggikan suara kepada wanita terbabit yang mempertikaikan nasi goreng kosong dan telur berharga RM6.



"Situasi itu menyebabkan anak wanita itu berasa berang dan mengambil kotak tisu serta membaling ke arah juruwang sehingga terkena barang-barang di atas kaunter," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Menurutnya, salah seorang pekerja yang melihat perbuatan lelaki berkenaan terus menumboknya sebelum dileraikan oleh pekerja dan pelanggan di situ.


Ujarnya, maangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Sesyen 323 Kanun Kesekksaan.


Dalam pada itu, Chang Hook turut menafikan polis campur tangan dalam menyelesaikan kes itu 'secara tepi', sebaliknya pihaknya mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.



"Orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

"Restoran itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) tetapi ia tidak berfungsi," katanya.


Sehubungan itu katanya, masyarakat dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi di laman Twitter yang disebarkan yang boleh menganggu siasatan dan ketenteraman awam.


Sumber : Sinar Harian

No comments:

Powered by Blogger.