Ameera dalam fasa untuk melatih diri dia bertudung dengan sempurna, kata Datin Noor Kartini

encik gotenks
0

Ibu kepada selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini memohon orang ramai agar mendoakan yang baik-baik buat anak perempuannya, Ameera Khan yang sering mendapat perhatian gara-gara penampilan berhijab yang 'on and off'.

Noor Kartini, 55, mengakui anaknya, Ameera Khan masih dalam proses mengenakan tudung dengan sempurna.

"Dia masih lagi dalam fasa untuk melatih diri dia (bertudung dengan sempurna). Ini yang mana, kalau kita tengok, Ameera bukan (belum lagi) bertudung secara penuh. Ada ketikanya dia masih mengenakan topi atau 'headband'.

"Jadi bagi sayalah, sesiapa sahaja baik kita lagi doakan yang baik-baik sebab yang baik tu kita juga yang akan dapat nanti, Insya-Allah," katanya.

Kartini berkata demikian ketika ditemui di Majlis Kucate Gold Rally Winner Celebration di Mutiara Damansara, hari ini.

Terdahulu, penampilan personaliti berusia 22 tahun itu yang mengenakan aksesori kepala sambil rambutnya mengurai di media sosial menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Malah, perkongsian berkenaan membuatkan ada yang keliru dengan imej Ameera yang didakwa sering 'on-off' dalam etika menutup aurat.

Dalam netizen mengkriitik, tidak kurang yang turut mendoakan supaya Ameera terus istiqamah seterusnya mengikut jejak langkah Neelofa yang menutup aurat sepenuhnya.

Sumber artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top