Bukannya suami awak tepuk punggung saya!, kata Ifa Raziah

encik gotenks
0

Baru-baru ini hangat diperkatakan video memaparkan usahawan kosmetik dan selebriti sensasi menari di TikTok dan menunjukkan punggung mereka di khalayak ramai.

Apa yang menimbulkan rasa kurang senan netizen apabila usahawan sensasi, Kak KM bertindak menepuk punggung mereka seolah mahu ‘menguji kehebatan aset’ mereka.

Menerusi laporan dari mStar Online, Ifa raziah mengakui ianya hanya sekadar guarauan.Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha menganggap aksi yang dilakukan itu adalah perkara biasa setiap kali mereka berjumpa.

"Kami tidak buat perkara yang meIampau. Bukannya saya berb0geI atau selak kain sehingga nampak bahagian yang tidak sepatutnya.

"Video tersebut hanyalah sekadar gurauan antara kami apabila berjumpa. Itu cara kami gembirakan diri sendiri,"

Sebelum ini, aksi tepuk punggung Ifa Raziah bersama rakan usahawan Datuk Seri Vida dan Kak KM atau Liana Rosli menjadi tular dan menerima kecaman netizen.

Rata-rata menganggap perkara itu sebagai tidak bermaruah dan memalukan.

Malah, pendakwah bebas PU Amin turut menegur perbuatan berkenaan yang bimbang menjadi ikutan anak-anak.

Sedar aksi tersebut dirakam dan dimuat naik di sosial media, Ifa berkata, apa yang dilakukan itu dibuat atas persetujuan bersama.

"Aksi itu juga dirakam atas persetujuan bersama.

"Setiap orang yang menonton video tersebut ada pandangan mereka sendiri. Saya tidak boleh halang apa yang mereka mahu katakan," ujarnya.

Sementara itu, Ifa juga menolak kononnya perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah kaum wanita.

Dia juga tidak membaca sebarang komen kecaman yang boleh menjejaskan emosinya.

"Rasanya ada juga wanita lain yang buat aksi sama seperti mana kami lakukan. Apa salahnya video tersebut?

“Bukannya suami awak yang tepuk punggung saya. Perbuatan itu dilakukan sesama wanita.

"Terima kasih kerana viralkan video tersebut. Saya tidak membaca sebarang komen kecaman di media sosial kerana malas nak layan," jelasnya.

Sumber artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top