Bakal kekasih malu naik Myvi, lelaki ini nekad nak beli Honda tahun depan

encik gotenks
0


 Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan

Zul (bukan nama sebenar) berkata, dia dulu seorang lelaki dengan keinginan yang sangat kecil terhadap perkara-perkara material dan tidak minat mengejar jenama mewah atau terkenal.


Menurutnya, meskipun mampu selepas bekerja selama beberapa tahun namun tidak pernah terfikir untuk membeli kereta baru. Tambahnya, sesebuah kereta menyusut nilainya, lantas ia tidak akan menambah nilai pada kewangannya.


Daripada membelanjakan wang untuk kereta, Zul berkata dia hanya menggunakan Myvi terpakai berusia 15 tahun untuk melakukan perjalanan, malah menunggang motosikal ke tempat kerja yang tidak jauh dari rumahnya.


Namun, sepanjang pengalaman yang dilaluinya dalam dua tahun terakhir, Zul merasakan falsafah hidupnya telah tercabar.


Dia tertanya-tanya adakah dia harus mendapatkan kereta yang lebih baik walaupun dia secara peribadi merasakan dia tidak memerlukannya.


” Saya mula ‘mengejar’ seorang gadis beberapa bulan yang lalu. Pada masa itu, saya mula berfikir bahawa perkara material itu penting dan perlu memberi perhatian terhadap penampilan saya.


” Saya bawa kereta Honda City untuk tiga temujanji pertama, tetapi kereta itu saya pinjam jer.


Lepas bawak Myvi, gadis itu terus taknak jumpa...


” Tapi sampai bila saya nak menipu, jadi pada temujanji keempat, saya memandu Myvi saya sendiri untuk menjemputnya.


” Pada awalnya dia macam ok, kami bersembang macam biasa dan dia nampak suka jer. Tetapi lepas pada tu, tak kira macam mana saya ajak dia keluar, dia langsung taknak jumpa saya dah,” luah Zul.


Tambah Zul lagi, bulan ini dah tiga atau empat kali dia ajak jumpa tapi asyik kena tolak, gadis itu beri pelbagai alasan seperti sibuk dengan kerja, b4haya nak keluar semasa PKP dan pelbagai alasan lagi.


” Saya tak faham kenapa macam ni sekali. Kali terakhir kami keluar semuanya baik-baik jer. Saya tak nampak pun apa-apa yang ganjil berlaku.


” Adakah kerana saya tidak cukup baik atau penampilan saya teruk sangat naik Myvi? ” kata Zul.


Zul kemudian berkata dia sangat kecewa kerana sebelum ini, bekas kekasihnya juga memilih untuk berkahwin dengan orang yang lebih kaya.


Namun dia tidak menyalahkan siapa pun kerana faham setiap orang ada hak untuk bersama dengan siapa dia suka dan secara peribadi dia bersetuju bahawa wang itu memang penting.


Meskipun percaya dia tidak perlu menukar dirinya menjadi orang lain, namun berdasarkan pengalaman lalu, Zul berkata dia perlahan-lahan menganggap perkara material itu juga penting.


Walaupun hatinya masih tidak bersetuju, dia mengatakan itu adalah satu-satunya cara bagi membuatkan orang lain melihat bahawa dia memiliki “kestabilan kewangan”.


” Saya akan membeli Honda City atau Honda HR-V tahun depan,” akhiri Zul.


Penafian : gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan semata-mata.

Sumber : worldofbuzz

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top