Seperti yang kita sedia maklum, dunia hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita penceraian yang melibatkan pasangan pelakon popular, Azri Iskandar dan Ellie Suriaty yang mengambil keputusan untuk berpisah selepas lebih 19 tahun bergelar pasangan suami isteri.
Memetik laporan dari portal hiburan Rotikaya, Ellie yang telah ditemubual dalam satu video yang dimuat naik menerusi instagram @officialhlive berkata, dia mengambil keputusan untuk mengundur diri selepas melihat perubahan bekas suaminya itu yang tidak mahu meneruskan kehidupan bersamanya.
“Saya kenal lelaki (Azri) ini 19 tahun atau 22 tahun termasuk perkenalan sebelum berkahwin. Jadi saya tahu perubahannya dari segi body language semua.
“Jadi saya faham dan saya tak mahu bertanya kerana kita pernah laluinya. Kadang-kadang dia seperti tidak hidup di dalam rumah…
“Dapat barang pre-loved pun suka kerana bagi saya momen itu bukan lagi barang atau material. Tak perlu pun terbangkan saya ke London atau Paris,” katanya.
Meluahkan isi hatinya menerusi program Hard To Heard bersama pengacara popular Datuk Aznil Hj Nawawi, Ellie berkata sepanjang perkahwina dia tidak pernah meminta barang kemas mahupun duit, sebaliknya hanya kesetiaan yang dipinta.
“Dia mudah kahwin dengan saya dan cerai pun mudah…Sepanjang hidup dengan dia saya tak pernah mintak seurat rantai, barang kemas, cincin berlian atau apa…
“Apa yang saya perlukan kesetiaan, saya tak pernah mintak duit sebulan RM5,000 ke kerana wang bukan isunya… Its always about love,” katanya.
Sumber : Rotikaya