'Caj tangkap' ayam RM0.70 sen sekilogram sangat tidak wajar, kata rakyat

encik gotenks
0

PENAFIAN : GAMBAR YANG DIGUNAKAN DALAM ARTIKEL INI HANYA SEKADAR HIASAN

Rata-rata pengguna kesal dengan tindakan peladang yang dikatakan memanipulasi bekalan ayam dalam pasaran apabila mengenakan 'caj tangkap' sebanyak 70 sen bagi setiap kilogram ayam kepada peniaga.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengesan ada peladang mengenakan caj itu sebagai upah menangkap ayam sebelum dijual kepada peniaga.

Kakitangan Awam, Mohd Shuhairy Nadlie Ngah, 37, berkata, tindakan peladang mengenakan caj tambahan itu menyebabkan pemborong dan peruncit terpaksa menaikkan harga ayam bagi mengelak kerugian.

"Caj yang dikenakan pihak ladang menyebabkan harga bagi setiap kilogram ayam menjadi RM6.30 melebihi daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM5.60.

"Sekiranya ladang tidak mengenakan cas tambahan, mungkin harga ayam akan kembali stabil, jadi KPDNHEP perlu segera melakukan pemeriksaan di ladang bagi menyelesaikan isu ini," katanya ketika ditemui di Pasar Chabang Tiga di sini, hari ini.

Kakitangan swasta, Sharifah Haslinda Syed Ahmad, 34, berkata, walaupun harga ayam di pasaran tinggi RM12 sekilogram, pengguna tetap membelinya kerana ia keperluan utama rakyat negara ini.

"Bagi saya tidak salah peruncit mengenakan pelbagai caj tambahan seperti memotong, caj plastik, air batu dan upah pekerja kerana mereka juga tidak mahu menanggung kerugian," katanya.

Sumber artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top