Wanita Terasa Hati Pelanggan Terpanggil ‘Akak’, Minta Nilai Dulu Sebelum Panggil

encik gotenks
0

Seperti diketahui umum, sudah menjadi adat resam orang kita bila berjumpa dengan seseorang akan menggunakan/membahaskan dengan panggilan abang,kakak,saya tuan dan macam-macam lagi bagi menghormati sesama insan lain.

Dalam dunia bisnes juga tidak terkecuali, sudah acapkali bila kita pergi ke mana-mana tidak kira supermarket atau peniaga jalanan semestinya mereka akan memanggil kita dengan gelaran seperti diatas.

Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook bernama Suhaidah Sulaiman Aida yang meluahkan rasa kecewa apabila ada pelanggan yang memasuki ke kedainya untuk bertanya sesuatu, tetapi memanggilnya dengan gelaran ‘akak’.

Menerusi video berdurasi 2:28 minit itu, wanita tersebut mengatakan dia agak kurang senang kerana ‘customer’ tersebut jelas kelihatan lebih tua daripadanya dan meminta agar pelanggan itu menilai dahulu sebelum memanggilnya ‘akak’.

Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen yang pelbagai. Ada yang mengatakan dia tidak kisah pun jika dipanggil makcik atau kakak.

Biasalah, bila dah menjengah usia 30 tahun, mula-mula memang tak biasa namun lama-lama layankan aje la.

Ada juga netizen lain yang memberikan komen seperti berikut :

Panggil akk pon nk kecoh,sya umo 40an kot,kdg2 adik2 kt stesen myk tu pggil akk,tpi aku ni sedar diri dh tua,sbb bdk2 yg keje tu semua sebaya ank2 buah aku,adik2 tu pggil akk..aku bahasakn diri aku acik,xde pon aku kesah.

"panggil kak ke bang ke tu tanda hormat.adoii dia ni lurus nau"

"Suh yg bercakap tu cermin diri dlu..🤣🤣 xkisah lah org panggil kakak ke apa ke..janji ada sopannya..nasib org xpanggil *oooiiiii* jerr🤣"

Sumber artikel : FB Suhaidah Sulaiman Aida via beautifulnara

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top