Pelakon Emma Maembong, 30, berkata zaman berbalah dan puaskan hati netizen sudah tamat buatnya yang kini lebih selesa jalani kehidupan bahagia berkeluarga.
Ia termasuk kritiikan terhadap penampilannya yang seakan tidak padan dengan status sebagai ibu selain membandingkan penampilannya ketika berhijab dulu.
"Sebenarnya, saya pakai apa yang saya selesa. Kalau ikutkan, dari zaman remaja saya pakai begitu. Saya tak mahu bila sudah kahwin saja, terus berubah seratus-peratus.
"Saya pakai jeans dikatakan tak sesuai dan kelihatan seperti budak-budak. Seperti yang saya pakai kain itu, saya pun kat pulau tapi netizen tak sedap hati. Mereka tak senang tengok, tapi tak apa.
"Saya pun wanita dan suatu hari nanti, memang pasti akan berhijab juga. Cuma untuk saya, perlahan-lahan berubah ke arah itu. Tapi janganlah kaitkan kerana saya sudah ada anak, saya tak boleh itu, tak boleh ini," katanya.
Menurut Emma, dia betul-betul rasa cuma nak hargai hidupnya. Baginya, dia sendiri sentiasa mendengar doa-doa yang positif diterimanya juga.
"Zaman saya nak bergaaduh, berpeerang dengan netizen sudah tamat. Saya sudah capai sasaran hidup seperti yang saya impikan.
"Saya cuma nak hargai diri sendiri, pakai apa yang saya nak. Tak adalah sampai saya pakai bikini cuma kadang-kadang nampak betis, mereka sedihlah.
"Saya sentiasa positif dan mereka juga mendoakan yang terbaik untuk saya. Kalau suatu hari nanti saya berhijab balik, saya berhijab," katanya.
Emma akui dia belajar, dulu waktu muda dia sangat lantang tapi sekarang ini tiada keperluan untuk mencari pasal. Katanya, dia tidak ingin membazir tenaga melayan hal yang hanya menggugat ketenangan diri.
"Walaupun cuba buat yang terbaik, orang kecam, buat silap pun, orang lagi akan kecam. Memang takkan dapat puaskan hati netizen.
"Buat apa saya nak puaskan hati netizen, asalkan saya tahu apa saya buat, keluarga saya okey. Saya memang seratus-peratus fokus dekat anak saja.
"Cukuplah emosi saya untuk anak saja. Tak cukup emosi saya nak layan semua orang. Baik saya simpan dan hadkan pemikiran untuknya," katanya.
Emma ditemui pada sambutan Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu sempena dengan ulang tahun stesen televisyen itu yang ke-38, di Sri Pentas, hari ini.
Sumber artikel : Harian Metro