Kami syak kematian Faziani ada unsur lain, kata Keluarga

encik gotenks
0

Keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia pada 18 Mei 2019, membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kemaatian Allahyarham.

Laporan polis itu dibuat jam 1 tengah hari tadi di Balai Polis Tumpat selepas tiga tahun kematian pengasas produk berkenaan.

Ahli keluarga Allahyarham ketika dihubungi mengesahkan membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut terhadap kemaatian Allahyarham yang disyaki ada unsur lain.

"Selepas kemaatian Allahyarham, kami ahli keluarga melantik peguam untuk mendapatkan maklumat dan hasil dapatan peguam terbabit, mendapati kematian Allahyarham diragui.

"Kami mengesyaki kemaatian Allahyarham bukan disebabkan kemaIangan semata-mata sebaliknya ada unsur lain yang menyebabkan kami tampil membuat laporan polis.

"Susulan laporan dibuat, saya juga sudah memberi keterangan kepada pihak polis hari ini dan kami berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat keluarga Allahyarham.

Katanya, pihaknya akan merujuk laporan berkenaan ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terlebih dahulu memandangkan kes berkenaan berlaku di Thailand.

Media sebelum ini melaporkan, Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban meninggal dunia, manakala suaminya cedeera selepas terbabit dalam kemaIangan di Pattani, Thailand.

Faziani Rohban menghembuskan nafas terakhirnya di lokasi kejadian akibat kecedeeraan parah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim, cedeera.

KemaIangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori.

Allahyarham dikatakan dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.

Sumber artikel : Harian metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top