Netizen tak sanggup tengok Nabila Razali pakai baju renang

encik gotenks
0

 

Baru-baru ini penyanyi terkenal yang juga seorang pelakon, Nabila Razali ada berkongsikan aktiviti terbaru beliau di instagram miliknya.

Penyanyi itu dikatakan bercuti di sebuah pulau peranginan terkenal. Namun perkongsian Nabila Razali itu telah menarik minat netizen yang menegur dia yang memakai baju renang.

Menerusi laporan dari mStar Online, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, berkata pemilihan baju tersebut bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan ketika bercuti di sebuah pulau peranginan, baru-baru ini.

Ujarnya, baju yang dipakai itu dibuat daripada material yang tebal dan tidak menampakan bahagian tidak sepatutnya.

Malah, dia juga sudah bertanya kepada ibu sama ada perlu atau tidak dia memadam perkongsian foto tersebut di laman sosial.

"Selepas menerima direct messege (DM), saya ada bertanyakan kepada ibu. Dia tidak ada masalah kerana itu adalah baju mandi dan memang sesuai untuk aktiviti yang dilakukan.

"Malah material baju tersebut juga cukup tebal dan tidaklah menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

"Jika ibu atau anggota keluarga lain rasakan penampilan tersebut tidak sesuai saya akan padamkan daripada media sosial," katanya kepada mStar.

Sudah lali menerima teguran sebegitu, Nabila berkata dia memahami tindakan peminat yang sentiasa memberi perhatian kepada sebarang bentuk perkongsian artis di media sosial.

Enggan melatah, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas ini juga mengucapkan terima kasih atas segala teguran dan berusaha memperbaiki diri pada masa akan datang.

"Sebagai seorang public figure, apa sahaja tindakan orang akan nampak. Saya faham mereka prihatin dan terima kasih atas teguran yang diberikan.

"Bagaimanapun jika mahu menegur, berhati-hatilah dengan perkataan yang digunakan. Janganlah sampai mengusik keluarga saya kerana itu sudah berlebihan.

"Saya terima segala teguran dengan hati terbuka. Kalau perkara itu salah ia tetap salah. Doakan yang terbaik buat saya," ujarnya.

Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top