Pengusaha kantin sekolah dalam dilema, nasi lemak dulunya RM1 sekarang terpaksa dinaikkan RM2 kerana....

encik gotenks
0

PENAFIAN : GAMBAR YANG DIGUNAKAN DALAM ARTIKEL INI HANYA SEKADAR HIASAN

Memetik dari sumber Sinar Harian, bagi meneruskan operasi, kebanyakan pengusaha kantin sekolah kini terpaksa menaikkan harga makanan yang dijual.

Menurut seorang pengusaha kantin sekolah di Seremban, Mohd Suhaimi Hassan, ramai pekerja kantin pula didapati tidak lagi berminat untuk terus bekerja.

Ini disebabkan situasi sesi persekolahan yang tidak menentu sebelum ini dan mereka juga lebih selesa untuk menerima gaji harian dan bukan secara bulanan yang sudah tentu memburukkan lagi aliran tunai pengusaha kantin sepertinya.

“Jadi mereka fikir bekerja di kantin sekolah ini berisiko dalam keadaan tidak menentu sekarang,” ujar Mohd Suhaimi.

Atas faktor dibebani dengan masalah kenaikan harga barang mentah dan kekurangan pekerja ini, kebanyakan pengusaha kantin sepertinya seolah-olah tersepit untuk meneruskan operasi.

Bukan sahaja barang mentah, malah menurut Mohd Suhaimi, harga bekas makanan juga turut naik menyebabkan pengusaha kantin terpaksa menanggung kenaikan kos tersebut.

Tambahnya, tiada penyelesaian yang mudah, mahu tak mahu, kebanyakan pengusaha kantin sekolah terpaksa menaikkan harga makanan yang dijual.

Mohd Suhaimi yang sudah 8 tahun menjadi pengusaha kantin turut menyatakan rasa kasihan kepada murid-murid sekolah ketika ini kerana terpaksa menaikkan harga makanan.

“Isu ayam mentah pun satu masalah. Pelajar kalau tiada menu ayam, mereka tak mahu makan,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Jika sebelum ini nasi lemak biasa yang dijual di kantin sekolah hanya berharga RM1, tetapi sekarang harganya terpaksa dinaikkan ke RM2.

“Kita sangat tersepit. Kalau nak letak harga terlalu mahal, kasihan dengan pelajar. Saya pun ada anak bersekolah, sebab itu saya sangat memahami,” keluhnya lagi.

Sumber Artikel : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top