Saya bangga sangat dengan Harimau Malaya, kata Syifa Melvin

encik gotenks
0

"So proud! (Bangga sangat) Alhamdulillah, syukur,".

Ringkas, namun cukup mendalam untuk menggambarkan perasaan bangga dirasakan pelakon dan usahawan, Syifa Melvin, 28, terhadap kejayaan diraih pasukan Harimau Malaya yang dikongsikan di Instagram Story.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin adalah kekasih pemain skuad kebangsaan, Safawi Rasid, 25, yang sekali gus menjadi penyokong utama pemain kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu.

Selain memberi sokongan padu, Syifa juga sentiasa mempertahankann Safawi dan memberi semangat kepada pemain itu apabila dikecam netizen akibat aksi hambarnya di padang dan Malaysia tewas.

Bagaimanapun, pada perlawanan penting skuad negara malam tadi menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil, aksi Safawi tidak menghampakan kerana berjaya menyumbang satu gol menerusi penalti.

Pada perlawanan itu, Malaysia menang besar 4-1 sekali gus menamatkan 'badi' 42 tahun untuk layak beraksi ke Piala Asia, tahun depan di bawah jurulatih, Kim Pan-gon.

Pan-gon, jurulatih berpengalaman dari Korea Selatan itu ternyata berjaya menyahut cabaran dan mengotakan janjinya untuk membawa perubahan dalam skuad negara yang dilihatnya berpotensi.

Dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia itu, kejayaan skuad negara membenam Bangladesh 4-1 menerusi sepakan penalti Safawi di minit ke-16, diikuti Dion Cools (m-38), Syafiq Ahmad (m-47) dan Darren Lok (m-73).

Manakala, gol saguhati pelawat diraih melalui tandukan Mohammad Ibrahim di minit 31.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top