Saya dulu pun pernah cantik masa muda muda, lawa, kata Ellie Suriaty

encik gotenks
0

Menganggap soal cantik itu adalah subjektif, aktres, Ellie Suriaty, 53, bagaimanapun percaya, bakat sepatutnya menjadi keutamaan buat semua pengamal industri kreatif.


Namun, satu tentang bakat, ia tidak ada pada semua orang dan kewujudannya umpama satu anugerah istimewa pada diri seseorang itu.


“Bakat adalah anugerah Allah SWT. Ia sangat khusus pada orang tertentu. Jadi saya tak melihat pada rupa paras kerana ia subjektif. Kalau cakap cantik ke tidak, saya dulu pun pernah cantik masa muda muda, lawa!

“Dalam hal ini, bukan soal cantik, tapi saya lihat ada kelemahan di bahagian penghasilan skrip. Ia wajar dipelbagaikan untuk beri ruang pekerjaan dalam industri seni, buat mereka yang berbakat,” katanya.


Tambah Ellie, dia tidak menghentam seseorang artis atau pelakon itu yang gemar ingin tampil cantik dan tampan kerana itu soal bagaimana mereka menjaga keterampilan dan kesihatan diri.


“Kalau dia jaga bab itu, ia sesuatu yang positif bagi saya. Tapi, kena ingat. Bila anda berjalan masuk ke dalam sebuah majlis hiburan, meski ramai orang cantik dan berpenampilan cantik, anda akan nampak yang outstanding adalah mereka yang kita tahu kualiti dan disiplin kerjanya.


“Ini bukan outstanding dari segi kontroversi ya. Tapi bakat dan kerjayanya yang begitu menyerlah walaupun ketika itu, busana yang dipakainya sangat sederhana.


“Satu yang saya ingin pesan pada semua, orang yang berbakat mestilah menjadi orang yang tidak malas. Semuanya kena bergerak seiring,”katanya.


Kongsi Ellie, bagaimanapun, amat mustahil untuk menemui 10 atau 100 orang yang berbakat besar dalam satu masa sama.


“Sekarang banyak artis dan bakat baru yang ada macam cendawan tumbuh. Tapi, bakat boleh diasah sebenarnya. Mana boleh dapat sekali gus serentak. Tak kisahlah sama ada pelakon, penyanyi, pengarah, penulis, pelukis sekali pun.


“Pihak TV pun kena main peranan. Kalau pengikut ramai di media sosial, tidak bermaksud seseorang itu benar-benar berbakat.


“ Pula itu jika hanya berpaksikan pada rupa paras semata. Tak bolehlah cop dah boleh berlakon jadi hero atau heroin,” katanya.


Sumber Artikel : Utusan Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top