Semua barang keperluan naik harga, peniaga roti akui bingung...

encik gotenks
0

"Saya 'tersepit' apabila hampir semua bahan mentah mengalami kenaikan kos ketara. Bukan hanya tepung gandum, malah lemak sayur dan mentega turut semakin mahal," kata usahawan produk makanan, Abu Khalil Isa Rahmat, 45.

Dia yang meneruskan legasi perusahaan keluarga bermula 1965 memaklumkan tiga bahan utama untuk menghasilkan roti naik mendadak sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, lemak sayur yang dahulunya dibeli pada harga RM50 sekotak 16 kilogram (kg) kini dijual pada harga RM143.

"Manakala bagi tepung pula, harganya naik kepada RM81 berbanding harga lama RM55 seberat 21kg.

"Mentega juga berlaku kenaikan mendadak apabila dijual pada harga RM143 (18kg) berbanding harga lama RM60. Plastik bungkusan roti juga naik hingga RM15 sekilogram berbanding harga lama RM9," katanya.

Jelasnya, biarpun mengalami penyusutan keuntungan namun dia belum berhasrat mahu menaikkan harga roti keluarannya sehingga hujung tahun ini.

Namun kenaikan bahan mentah itu akan memberi kesan kepada pengusaha roti yang mungkin berdepan kerugian dan tidak mampu meneruskan operasi.

Katanya sebagai pengusaha, dia sedaya upaya tidak mahu menaikkan harga roti yang diusahakan itu berikutan kebanyakan pembelinya adalah orang kampung sekitar Jempol.

"Sebagai pengusaha kami memahami kesan perlu ditanggung pembeli apabila harga dinaikkan namun kami sedaya upaya tidak akan berbuat demikian.

"Awal tahun lalu, Jempol Bakery dikeluarkan Kedai Roti Haji Nasir terpaksa menaikkan harga 20 sen menjadi RM3 berbanding RM2.80 sebelumnya," katanya ketika ditemui di kedainya di Taman Tuanku Puan Chik di sini.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top