"Tudung p mana dah?" - Pernampilan terbaru Datin Seri Zizie Izette tarik perhatian netizen, nampak semakin muda

0

 


Sudah lama tidak melihat kelibat pelakon terkenal berbakat iaitu Zizie Izette yang sudah lama tidak muncul di televisyen selepas berkahwin dengan ahli politik terkenal negara.


Bagaimanapun, baru-baru ini viral satu perkongsian di laman instagram yang memaparkan wajah terkini Zizie, netizen memuji kejelitaan Aktres Terbaik Anugerah Skrin 2001 itu.


Hantaran tersebut telah dimuat naik oleh jurusolek terkemuka negara, Datin Saidatulnisa Aminuddin.





“The ever stunning DS Zizie Izette. Thank you. Attire by @rizmanruzaini,” tulis keterangan di ruangan kapsyen.


Zizie anggun mengenakan busana rona hitam hasil rekaan duo fesyen terkenal, Rizman Ruzaini serta wajahnya dirias anggun oleh Saidatul Nisa.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan cantik isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.


Namun begitu, ada juga segelintir warganet menegur penampilan Zizie yang mengenakan topi sehingga menyerlahkan rambutnya.


Untuk rekod, Zizie berkahwin dengan Bung pada Disember 2009 dan dikurniakan tiga orang anak, Aadam Zac Izette, Aaleph Zeke Izette dan Aalisa Belle Izette.


Sumber : XTRA

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top