Maaf terpaksa rahsiakan, saya pegang amanah Kak Dib untuk tidak hebohkan pada orang, kata Ani Maiyuni

encik gotenks
0

"Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza," kata penyanyi Ani Maiyuni mengulas kematian penyanyi dan pelakon Adibah Noor petang tadi.

Menurutnya, dia perlu memegang amanah Allahyarham agar tidak menghebohkan perkara ini kepada orang lain.

"Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia saakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.

"Selepas itu lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan C0vid.

"Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kaanser dan baru lepas pembeedahan masa itu," katanya.

Ani Maiyuni berkata, Adibah juga kena berpantang dan kena rehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi.

"Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat," katanya.

Finalis Gegar Vaganza musim kelapan itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang petang tadi akibat kaanser ovari tahap empat.

Sumber artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top